(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Sabda
Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Solat itu adalah tiang agama, sesiapa
yang mendirikan solat maka dia telah menegakkan agama, dan barang siapa
yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama".

Pada suatu
hari Nabi Isa A.S. telah melawat sebuah perkampungan, kesemua penduduk
kampung itu sangat taat beribadat kepada Allah S.W.T. Nabi Isa memberi
salam kepada mereka dan beliau pun duduk bersama mereka.
Nabi Isa A.S.
melihat makanan dan minuman mereka itu terdiri dari buah-buahan yang
beraneka warna, sementara anak-anak dan para ibu pula kelihatan cukup
cantik. Perhiasan yang dihiasi di kampung tersebut tidak dapat
digambarkan kerana kecantikan yang amat sangat. Setelah itu Nabi Isa
A.S. pun beredar dari situ.
Tidak berapa
lama kemudian, Nabi Isa A.S. datang semula ke perkampungan tersebut.
Alangkah terperanjat apabila melihat kesemua penduduk itu termasuk
anak-anak kecil dan ibu-ibu kesemuanya mati dan keadaan kampung tersebut
juga musnah sama sekali.
Nabi Isa A.S.
pun berdoa kepada Allah S.W.T. untuk mengetahui apa yang telah berlaku:
"Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkan kepadaku sebab-sebab penduduk kampung
yang taat kepadaMu ini menjadi begini? Adakah sebabnya mereka ini telah
meninggalkan solat atau mereka ini telah menderhaka kepadaMu?".
Allah S.W.T
berfirman: " Wahai Isa, penduduk kampung ini tidak menderhaka kepadaKu
tetapi telah lalu seorang yang telah meninggalkan solat di kampung ini
dan dia telah membasuh mukanya dengan air mereka itu, maka setiap titis
air yang jatuh ke bumi telah memusnahkan mereka".
kalau kita
tidak mahu mengajak seseorang mendirikan solat dan mentaati perintah
Allah maka apabila turun siksa Allah maka kesemua mereka yang beriman
juga akan menerimanya. Oleh itu, janganlah kamu mementingkan diri
sendiri sahaja tetapi hendaklah menasihatkan orang lain yang lalai
dengan dunia supaya kembali mengingati Allah S.W.T.